Friday, May 9, 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga muka baharu sertai Kota Ranger FC

    Oleh Fadhil Yunus

    BANDAR SERI BEGAWAN 28 FEB – Sebagai persiapan mengharungi Liga Super Brunei, Kota Ranger FC telah memperkenalkan tiga pemain import baharu mereka untuk musim ini.

    Perlawanan pembukaan Kota Ranger FC di saingan Liga Super Brunei akan beraksi menentang Setia Perdana FC di Padang dan Balapan Kompleks Sukan Negara Hassanal Bolkiah pada 1 Mac.

    Kelab tersebut telah berjaya mendapatkan khidmat Ranilson Batuil, bekas ketua pasukan salah sebuah kelab Sabah FA. Mereka turut berjaya mengikat perjanjian dengan seorang pemain dari pasukan pembangunan belia Sabah FA, Mohd Aidil bin Safee. Kota Ranger FC juga membawa masuk pemain pertahanan, Bernard Coulibaly Agele, yang sebelum ini pernah bermain untuk Pasukan UiTM FC.

    Bernard akan kembali bermain dengan pemain baharu Kota Ranger FC, Adi Said, di mana kedua-dua mereka pernah bermain bersama ketika mewakili pasukan UiTM FC di Liga Perdana Malaysia tahun lalu.

    Pemain kebangsaan Sudan Selatan tersebut telah melakukan 15 penampilan buat negaranya, di mana beliau bermain di posisi pertahanan dan pernah memenangi kejuaraan Liga Super Uganda bersama Express FC pada tahun 2012.

    Beliau juga pernah memenangi Piala Uganda bersama pasukan Universiti Victoria.

    Ketiga-tiga pemain tersebut menandatangani kontrak perjanjian bersama Kota Ranger di Hotel Ba’diah pada Khamis lalu.

    Pemain-pemain import baharu Kota Rangers menandatangani kontrak perjanjian.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda