Saturday, December 21, 2024
23.8 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Tiga negara ASEAN bincang keselamatan di Selat Melaka

JAKARTA, 4 OGOS – Pegawai dari Indonesia, Malaysia dan Singapura baru-baru ini mengadakan pertemuan bagi membincangkan usaha meningkatkan keselamatan pelayaran dan perlindungan maritim di Selat Melaka dan Singapura (SOMS).

Mesyuarat Kumpulan Pakar Teknikal Tiga Pihak (TTEG) ke-46 berlangsung dua hari berakhir Khamis diuruskan oleh Malacca Straits Council (MSC).

Agenda yang dibahas termasuk pertukaran maklumat mengenai kemajuan mekanisme kerjasama dan pelaporan perkembangannya, menurut Kementerian Perhubungan Indonesia dalam satu kenyataan.

Delegasi Indonesia diketuai Direktorat Jenderal Perhubungan Laut memaklumkan negaranya mengambil bahagian secara aktif membahas dan memuktamadkan inisiatif baharu berkaitan pembangunan tatacara pengendalian piawai (SOP) keselamatan perkapalan di SOMS.

Pengarah pelayaran Kapten Budi Mantoro yang menyertai delegasi Indonesia berkata input diberikan dalam meningkatkan Projek 14 yang merupakan inisiatif baharu mengenai Bantuan Maya Pengemudian, dan Projek 15 mengenai pembangunan SOP untuk mengendalikan insiden kontena jatuh ke laut.

“Kami turut membincangkan rancangan untuk menyemak semula sistem laluan kapal dan sistem pelaporan kapal, serta membincangkan lebih lanjut Projek 13 yang dimulakan oleh MSC sebagai kesinambungan TTEG atau Bahagian Dua daripada Mesyuarat TTEG ke-46 pada Januari dan Februari 2024,” katanya. – Bernama

Matahari terbenam kelihatan di rumah api, Selat Melaka. –Gambar Canva
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda