Thursday, April 25, 2024
27.9 C
Brunei

    -

    Tiga negara kembali guna tenaga arang batu

    THE HAGUE, 21 JUN – Belanda kelmarin menyertai Jerman dan Austria kembali kepada penggunaan tenaga arang batu berikutan krisis tenaga yang dicetuskan oleh pencerobohan Rusia ke atas Ukraine.

    Belanda berkata, ia akan menarik balik semua sekatan ke atas stesen janakuasa yang dijana oleh bahan api bakar, yang sebelum ini terhad kepada lebih satu pertiga daripada keluaran. Manakala Berlin dan Vienna membuat pengumuman yang sama pada Ahad lalu ketika Moscow, yang menghadapi kecaman kerana sekatan ke atas Ukraine, memotong bekalan gas ke Eropah yang ketandusan tenaga.

    “Kabinet telah memutuskan untuk segera menarik balik sekatan pengeluaran untuk stesen janakuasa arang batu dari 2002 hingga 2024,” kata menteri iklim dan tenaga Belanda, Rob Jetten kepada wartawan di The Hague.

    “Belanda sebelum ini telah mempersiapkan keputusan ini dengan rakan sekerja Eropah kami sejak beberapa hari lalu,” tambahnya.

    Jerman walau bagaimanapun berkata, ia masih menyasarkan untuk menutup loji janakuasa arang batunya menjelang 2030, memandangkan pelepasan karbon yang mengubah iklim yang lebih besar daripada bahan api bakar.

    “Tarikh penamatan arang batu 2030 tidak diragui sama sekali,” kata jurucakap kementerian ekonomi, Stephan Gabriel Haufe pada sidang media.

    “Sasaran itu lebih penting daripada sebelumnya,” tambahnya. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...