Saturday, May 10, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pasukan rebut slot separuh akhir

    Oleh Mohamad Asyramisyanie

     

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Sept – Kejohanan Bola Sepak Piala Keputeraan 2017 kini menghampiri kini menghampiri persaingan akhir peringkat kumpulan apabila menyaksikan dua lagi perlawanan akan berlangsung termasuk satu perlawanan genting dalam kumpulan A di antara pasukan Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri (KHEDN) dan Kementerian Pendidikan.

    Kedua-dua pasukan kini terikat dengan sembilan mata di tempat kedua dan ketiga dan menyaksikan Pasukan KHEDN mempunyai kelebihan perbezaan gol untuk mengiringi Pasukan Kementerian Pembangunan yang kini sudah menempah laluan ke peringkat separuh akhir kejohanan berkenaan.

    Sehubungan dengan itu, Media Permata berpeluang menghubungi Pengerusi Kejohanan Bola Sepak Piala Keputeraan 2017, Rosdin Haji Abdul Aziz mengenai perkembangan terkini kejohanan berkenaan.

    Dua perlawanan terakhir yang bakal berlangsung pada 18 dan 26 September ini baginya sangat penting bukan sahaja untuk menentukan siapa mara, malah menentukan siapa yang akan bertemu juara Kumpulan B iaitu Pasukan Jabatan Perdana Menteri dan naib juara kumpulan itu, Kementerian Pertahanan.

    “Kejohanan kali ini semakin sengit berbanding pada edisi sebelumnya dan ini kali pertama, di mana tiga pasukan bersaing untuk dua tempat peringkat separuh akhir berpandukan kepada perbezaan gol,” ujarnya kepada Media Permata hari ini.

    Apabila diitanya mengenai jangkaannya akan pasukan mana yang akan mara, menurutnya dalam Kumpulan B, sudah jelas Jabatan Perdana Menteri dan Kementerian Pertahanan telah berjaya lebih awal melayakkan diri ke separuh akhir dan kini hanya menanti lawan masing-masing di Kumpulan A.

    “Setakat ini, memang Kementerian Pembangunan sudah berada sebelah kaki ke separuh akhir namun ianya tertakluk kepada dua baki perlawanan tertangguh antara KHEDN menentang Kementerian Kewangan dan Kementerian Pendidikan menentang Kementerian Kewangan,” ujarnya.

    Katanya lagi “KHEDN perlu menjaringkan enam gol untuk memintas Kementerian Pembangunan di tangga teratas dan tugas berat bagi Kementerian Pendidikan yang perlu menjaringkan 12 gol untuk memintas Kementerian Pembangunan sebagai pasukan kedua layak ke separuh akhir.”

    Beliau mengulas mengharapkan agar orang ramai dan penyokong kementerian-kementerian akan datang beramai-ramai menyaksikan perlawanan separuh akhir dan peringkat akhir nanti dalam sama-sama memberikan sokongan kepada pasukan masing-masing.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda