Sunday, February 2, 2025
24.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pasukan tempatan bakal bersaing dalam kejohanan tarik kalat

    Oleh Fadhil Yunus –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 12 SEPT – Tiga pasukan tempatan akan mewakili negara dalam Kejohanan Tarik Kalat Antarabangsa Kuala Lumpur 2023 yang akan berlangsung di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur dari 14 hingga 17 September ini.

    Dua pasukan dari ChainBlock dan satu pasukan dari HSN telah dipilih hasil daripada perbincangan yang membuahkan hasil oleh Persatuan Tarik Kalat Brunei Darussalam (BDTA) selepas persatuan itu dijemput untuk menyertai pertandingan tersebut.

    Pasukan negara akan bersaing dalam acara 680 kilogram (kg) untuk lapan penarik.

    Selain 52 pasukan dari negara tuan rumah Malaysia, pasukan yang mengambil bahagian termasuk tiga dari Brunei Darussalam, satu dari Thailand, empat dari Chinese Taipei, tiga dari India, satu dari Nepal dan dua dari Afrika Selatan.

    Sesi timbangan bagi ahli penarik akan diadakan pada 14 September manakala pusingan awal akan bermula sehari kemudian.

    Sementara itu, pusingan akhir pertandingan akan diadakan pada 17 September ini diikuti dengan majlis penyampaian hadiah.

    Setiausaha Agung BDTA, Pengiran Haji Mohd Iskandar Shah bin Pengiran Haji Jadid; Timbalan Ketua Setiausaha Jumaat bin Damit; dan Pengadil Teknikal dan Persatuan; Haji Sallih bin Osman turut hadir memberikan kata-kata semangat kepada pasukan.

    Pasukan ChainBlock dan HSN bergambar ramai menjelang kejohanan berkenaan. – Gambar serahan Persatuan Tarik Kalat Brunei Darussalam
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda