Oleh Yusrin Junaidi
BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Tiga orang pegawai Darussalam Holdings Sdn Bhd (DHSB) pagi tadi, telah bertolak ke tanah suci bagi membuat persiapan akhir dan berjumpa dengan pihak-pihak tertentu bagi memastikan perjalanan haji pakej DHSB bagi tahun 1439/2018 berjalan lancar.
Mereka diketuai oleh Pengarah Urusan DHSB sendiri, Haji Mahmud bin Mohamed yang juga selaku Ketua Rombongan Haji Darussalam Holdings bersama dua orang pegawai iaitu Haji Faisal bin Haji Apong dan Haji Wafi bin Mohd Ali.
