BAITULMAQDIS, 22 MEI – Tiga pejuang Palestin terbunuh ketika tentera Israel melakukan serbuan di Tebing Barat, semalam.
Kementerian Kesihatan Palestin dalam kenyataannya mengenal pasti tiga lelaki yang terbunuh di kem pelarian sebagai Balata di Nablus sebagai Muhammad Abu Zaytoun,32; Fathi Abu Rizk, 30; dan Abdullah Abu Hamdan, 24.
Tentera Israel bagaimanapun tidak mengeluarkan sebarang kenyataan.
![](https://mediapermata.com.bn/wp-content/uploads/2023/05/739129-01-02-scaled.jpg)