Sunday, April 2, 2023
22.4 C
Brunei

-

Tiga pekerja kapal pasir selamat, dua masih hilang

SIBU, 26 JUN – Dua pekerja sebuah kapal membawa muatan pasir hilang manakala tiga lagi berjaya diselamatkan, selepas kapal tersebut karam di Sungai Batang Igan dekat Kampung Bungan Kecil, kira-kira 45km dari Sibu awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Mukah bergegas ke lokasi selepas pihaknya menerima laporan berhubung insiden itu daripada Balai Polis Sungai Merah pada pukul 6:05 pagi.

Beliau berkata berdasarkan maklumat terbaharu, seorang kru kapal itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang dari kapal yang didaftarkan sebagai ‘Yu Lee’ itu, dan hanyut sekitar 300 meter dari tempat kejadian sebelum dapat menaiki tebingan Sungai Kut, sebuah anak sungai di Batang Igan.

“Pasukan bomba yang tiba di lokasi kejadian mendapat maklumat penduduk kampung di sana bahawa lelaki yang berjaya menyelamatkan diri itu dikenali sebagai Lee Sia Kong yang berumur dalam lingkungan 40-an,” katanya dalam kenyataan terbaru PGO hari ini. – Bernama

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hayashi bakal lawat China di tengah-tengah ketegangan

TOKYO, 31 MAC - Menteri Luar Jepun, Yoshimasa Hayashi hari ini berkata beliau akan mengadakan lawatan ke China hujung minggu ini untuk berbincang dengan...
- Advertisment -