Jumaat, 21 November 2025
24.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pekerja maut selepas pelantar kren jatuh

    STUTTGART, 21 MEI – Tiga pekerja binaan maut di barat daya Jerman kelmarin selepas terjatuh bersama pelantar kerja yang digantung pada sebuah kren, lapor agensi berita Jerman (dpa).

    Jurucakap polis berkata punca kejadian masih belum dapat dipastikan.

    Ketiga-tiga mangsa sedang bekerja di atas jambatan bertingkat yang bakal disambungkan ke lebuh raya B32 berhampiran bandar Horb am Neckar, kira-kira 50 kilometer ke selatan Stuttgart.

    Jambatan sepanjang 2,100 meter (m) dan setinggi 90m itu dijangka dibuka kepada lalu lintas menjelang 2028.

    Tidak dapat dipastikan dari ketinggian berapa pelantar itu terjatuh.

    Kerja-kerja di tapak pembinaan berkenaan telah dihentikan susulan kejadian itu. – Bernama

    Gambar Envato
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda