Thursday, February 6, 2025
23.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pekerja polio ditembak mati

    JALALABAD, AFGHANISTAN, 30 MAC – Lelaki bersenjata membunuh tiga wanita Afghan yang terbabit dalam program imunisasi polio di seluruh negara hari ini, kata pegawai, sehari selepas pihak berkuasa melancarkan kempen baharu membasmi penyakit lumpuh itu.

    Ketiga-tiga wanita terbunuh dalam dua serangan berasingan di bandar timur Jalalabad, kata pegawai.

    “Mereka semua sedang menjalankan tugas pergi dari rumah ke rumah untuk memvaksinkan kanak-kanak,” beritahu penyelia Wahidullah, yang seperti kebanyakan rakyat Afghan, menggunakan satu nama.

    Jurucakap untuk kementerian kesihatan berkata kempen vaksinasi telah digantung buat sementara waktu di Nangarhar. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda