Ahad, 23 November 2025
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pelajar IBTE jalani latihan di Vietnam

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 OGOS – Tiga pelajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) Sekolah Perkhidmatan Teknologi Bangunan, telah berlepas ke Ho Chi Minh, Vietnam, hari ini, bagi menghadiri Program Teknologi Kejuruteraan Pembinaan, sebagai sebahagian daripada kumpulan ketiga Program Mobiliti TVET ASEAN-ROK.

    Hadir di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, Ketua Sekolah Sekolah Perkhidmatan Teknologi Bangunan, Awang Noorisman bin Mentarais, dan Pengurus Akademik Kampus Nakhoda Ragam, Dayang Shahrimawaty binti Abdul Karim.

    Dayang Mizzati Salwany binti Sarwadi, Dayang Siti Nurul Shahwani binti Latif dan Dayang Nurul Mashittah Hana binti Rozain daripada HNTec in Construction & Draughting akan mengikuti program di Kolej Pembinaan Ho Chi Minh City hari ini hingga 30 Oktober.

    Ketiga-tiga pelajar berkenaan akan menjalani latihan berasaskan institusi selama dua bulan dan Latihan Dalam Kerja selama sebulan di sebuah syarikat pembinaan yang berpangkalan di bandar Ho Chi Minh.

    Program Mobiliti TVET ASEAN-ROK menyediakan latihan amali pelajar dan pertukaran fakulti intra-ASEAN, yang mana ia dibiayai dan dilaksanakan oleh Dewan Perniagaan dan Industri Korea (KCCI).

    Gambar ramai pelajar IBTE di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei. – GAMBAR SERAHAN IBTE
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda