Monday, September 30, 2024
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pelajar terima biasiswa KHEU diraikan

    Oleh Salawati Haji Yahya – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Tiga pelajar yang telah ditawarkan biasiswa bagi mengikuti pengajian di luar negara, kelmarin, diraikan dalam Majlis Doa Kesyukuran bagi Penganugerahan Biasiswa Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU) Peringkat Sarjana, Sesi Akademik 2024/2025.

    Majlis anjuran KHEU melalui Jabatan Pengajian Islam itu diadakan di Dewan Songket 3, Hotel Antarabangsa Rizqun, Gadong.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Timbalan Menteri Hal Ehwal Ugama, Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bin Pengiran Haji Hassan,.

    Ketiga-tiga penerima akan berlepas ke United Kingdom dalam bidang masing-masing iaitu Awang Ahmad Rusydi bin Haji Mohd Salleh akan melanjutkan pengajian dalam jurusan Master in Commercial Law, di Queen Mary University of London; Awang Mohammad Nur Hafizuddin bin Abdullah Mohamad Norajme dalam jurusan Master in Statistic, di University of Leeds; dan Dayang Nurafrina Fikriyah binti Abdul Razak dalam jurusan Master (Taught): Arabic-English Translation di University of Birmingham

    Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah, diikuti dengan ucapan daripada pengerusi majlis, Pengarah Pengajian Islam, KHEU, Haji Shamshol bin Haji Omar.

    Majlis kemudiannya diteruskan dengan penyampaian Surat Penganugerahan Biasiswa KHEU kepada pelajar-pelajar diraikan yang disempurnakan oleh tetamu kehormat majlis dan diikuti dengan tayangan video.

    Majlis tersebut diakhiri dengan bacaan Doa Kesyukuran oleh Haji Mohammad Hendra bin Haji Meraji.

    Turut hadir, setiausaha tetap, Pemangku setiausaha tetap, timbalan setiausaha tetap, pemangku timbalan setiausaha tetap, Raes Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan serta para pegawai kanan KHEU.

    Pengiran Dato Seri Paduka Haji Mohammad Tashim bergambar ramai bersama para pelajar yang diraikan. – GAMBAR SERAHAN JPI
    ATAS & BAWAH : Tetamu kehormat semasa menyerahkan Surat Penganugerahan Biasiswa KHEU kepada salah seorang penerima. – GAMBAR SERAHAN JPI
    GAMBAR SERAHAN JPI

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda