Monday, July 28, 2025
31.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pelanggan bertuah bawa pulang pakej percutian

    Oleh Yusrin Junaidi –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JULAI – Tiga pelanggan bertuah QAF Auto telah berjaya membawa pulang hadiah utama berupa pakej percutian ke luar negara menerusi Kempen Cabutan Bertuah anjuran syarikat berkenaan yang berlangsung dari 1 April hingga 30 Jun lalu.

    Kempen berkenaan dianjurkan khusus bagi menghargai sokongan para pelanggan terhadap QAF Auto, selaku pengimport dan pengedar tunggal kenderaan BMW di negara ini.

    Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Besar QAF Auto, Alisa Khoo, dalam satu acara ringkas yang diadakan kelmarin.

    Pemenang tempat pertama yang bertuah memenangi kempen tersebut ialah Awang Johari bin Abdul Hamid yang membawa pulang hadiah utama berupa tiket penerbangan ke Turkiye, manakala tempat kedua pula dimenangi oleh Hajah Lailawati binti Haji Ismail yang memenangi percutian ke Korea. Tempat ketiga pula disandang oleh Wong Guan Jie yang bakal menikmati percutian ke Thailand.

    Selain tiga pemenang utama, lebih 30 pelanggan lain turut menerima hadiah sagu hati sebagai tanda penghargaan atas penyertaan mereka dalam kempen berkenaan.

    “Kami amat berbesar hati kerana dapat memberikan peluang kepada pelanggan kami untuk memenangi pengalaman percutian yang luar biasa,” ujar Alisa Khoo.

    Tambah beliau, QAF Auto akan terus komited dalam menyediakan nilai terbaik serta pengalaman bermakna kepada para pelanggannya.

    QAF Auto turut menyatakan hasrat untuk meneruskan inisiatif-inisiatif inovatif pada masa akan datang sebagai tanda penghargaan terhadap sokongan pelanggan setia mereka.

    Alisa Khoo bergambar ramai bersama tiga pelanggan bertuah semasa majlis berkenaan. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    Tiga pelanggan bertuah yang mendapat hadiah penerbangan ke Thailand, Turkiye dan Korea. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    ATAS & BAWAH: Antara pelanggan bertuah ketika menerima hadiah masing-masing. – GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda