Saturday, July 27, 2024
32.3 C
Brunei

    -

    Tiga pelayar Brunei sertai program perkembangan di Singapura

    Oleh Sim Y. H.

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 OKT – Tiga orang pelayar Brunei yang mewakili Royal Brunei Yacht Club telah menghadiri Merazone-World Sailing Inclusive Development Program 2023 yang berlangsung di Passion Wave, Marina Bay, Singapura, baru-baru ini.

    Tiga orang pelayar Brunei iaitu Pengiran Noorul Aniza binti Pengiran Ishak, Jeremiah Ethan Tan dan Ahmad Abdillah Thane bin Md Khairul Amin menyertai program yang berlangsung dari 23 Oktober hingga 29 Oktober di mana program anjuran Metazone dengan kerjasama World Sailing bermatlamat untuk membangunkan aktiviti Para Sailing di rantau ini.

    Program itu disertai oleh seramai 40 orang peserta daripada 13 buah negara di mana para peserta dan jurulatih melalui latihan dalam beberapa buah klinik prestasi yang membolehkan para peserta untuk mengembangkan program latihan yang mampan.

    Program itu berakhir dengan perkhemahan selama 3 hari di Pulau Ubin di mana para peserta program berpeluang untuk mendalami lagi topik keterangkuman dalam Program Pelayaran dan Kemampanan Metazone.

    Pengiran Noorul Aniza, Jeremiah dan Ahmad Abdillah Thane menyertai Merazone-World Sailing Inclusive Development Program 2023 yang berlangsung di Passion Wave, Marina Bay, Singapura. – Gambar serahan Royal Brunei Yacht Club
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sri Lanka adakan pilihan raya presiden pada 21 September

    COLOMBO, 26 JULAI – Suruhanjaya Pilihan Raya Sri Lanka mengumumkan pada Jumaat bahawa pilihan raya presiden negara itu akan diadakan pada 21 September, lapor...