Monday, September 16, 2024
27.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pemenang bawa pulang tiket penerbangan

    Oleh Sim Y.H. – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Tiga orang pemenang bertuah membawa pulang tiket penerbangan ke Bangkok, Kuala Lumpur dan Surabaya dalam Kempen Work, Rest, Recharge, (WRR) anjuran NBT Brunei, pengedar tunggal kenderaan Toyota di Brunei dalam majlis cabutan dan penyampaian hadiah yang berlangsung di Pejabat Korporat Inchcape, NBT Toyota, Gadong, hari ini.

    Kempen WRR yang diadakan dari 1 Julai hingga 31 Ogos menawarkan peluang yang menarik bagi pelanggan-pelanggan yang membeli sebuah kenderaan Toyota Wigo, Rush atau Raize, untuk memenangi lima tiket penerbangan ke salah satu daripada tiga destinasi percutian.

    Terdahulu sebelum majlis penyampaian hadiah berkenaan, sesi pra-cabutan telah diadakan melalui Instagram Live di media sosial Toyota Brunei pada 3 September lalu untuk memilih tiga finalis daripada kumpulan pelanggan yang layak bagi kempen berkenaan.

    Acara yang disiarkan secara langsung berkenaan membolehkan para pelanggan menyaksikan kemeriahan serta keseronokan bagi acara cabutan terakhir di mana setiap finalis diberikan peluang mengikut giliran untuk memilih kotak misteri masing-masing bagi menentukan hadiah yang akan dibawa pulang oleh mereka.

    Hadiah tiket penerbangan ke Bangkok, Thailand dimenangi oleh Dayang Mazzraiddah binti Mohammed Azman, hadiah tiket penerbangan ke Surabaya, Indonesia dimenangi oleh Dayang Nurhasimah binti Haji Tengah dan hadiah tiket penerbangan ke Kuala Lumpur, Malaysia telah dimenangi oleh Dayang Nur Ataillah binti Mohd Zaini.

    Pada majlis berkenaan, hadiah bagi pemenang tiket penerbangan ke Bangkok, Thailand telah disampaikan oleh Pengurus Besar Jualan Kanan NBT Brunei, Leong Cheng Soon, hadiah bagi pemenang tiket penerbangan ke Surabaya, Indonesia telah disampaikan oleh Pengurus Besar NBT Brunei, Awang Muhammad Clovien Abdullah Timpoh manakala hadiah bagi pemenang tiket penerbangan ke Kuala Lumpur, Malaysia disampaikan oleh Pengurus Besar NBT Brunei-Kewangan, Leong Nyuk Yen.

    Majlis cabutan akhir itu telah disaksikan oleh wakil dari firma guaman LZ Hussain, Norsuziyani Abdullah.

    NBT Brunei menyatakan Kempen WRR bukan hanya satu kempen promosi tetapi dedikasi NBT kepada pelanggannya. Penganjuran kempen berkenaan bermatlamat untuk memberikan peluang kepada pelanggannya untuk menghabiskan masa bersama keluarga mereka dalam percutian yang tidak dapat dilupakan.

    Pada masa sama, NBT Brunei merakamkan ucapan tahniah kepada semua pemenang bertuah dan menyatakan penghargaan kepada semua peserta kempen atas sokongan berterusan mereka.

    Para pemenang bergambar ramai bersama hadiah yang telah dimenangi. – GAMBAR OLEH MUIZ MATDANI
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda