Sabtu, 22 November 2025
28.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pemenang bertuah dirai

    Oleh Sim Y. H. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 7 JUN – Tiga orang pemegang kad Bank Baiduri bertuah telah memenangi dan menerima hadiah bagi Promosi Win a trip to the Olympic Games Paris 2024, thanks to Visa pada majlis penyampaian hadiah di Atrium, Ibu Pejabat Bank Baiduri, hari ini.

    Promosi yang dikendalikan dengan kerjasama Visa, International Olympics Committee dan Syarikat Penerbangan Diraja Brunei (RB) itu menyaksikan dua orang pemenang bertuah iaitu Awang Muhammad Afiffi bin Haji Roslan dan Dayang Hazirah binti Jalil, setiap seorang membawa pulang hadiah utama berupa pakej perjalanan ke Sukan Olimpik Paris 2024 untuk dua orang dewasa manakala itu, seorang pemenang iaitu Haji Mohammad Fawzi Haji Zainal Abidin memenangi hadiah perjalanan ke London untuk dua orang.

    Hadiah-hadiah telah disampaikan oleh Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif, Perbankan Pengguna, Bank Baiduri, Manuel Bulens.

    Ketua Perbankan Runcit, Lim Kian Chiang mengucapkan tahniah kepada semua pemenang promosi berkenaan serta menyatakan amat teruja untuk bekerjasama dengan Visa dan RB yang komited untuk memberikan pengalaman yang bermanfaat, menjana peluang unik bagi pelanggan mereka serta meningkatkan pengalaman keseluruhan perbankan mereka.

    Promosi yang berjalan dari 15 April hingga 31 Mei itu adalah eksklusif bagi pemegang-pemegang kad Visa RB oleh Bank Baiduri.

    Pemegang kad berpeluang untuk memenangi hadiah utama berkenaan dengan membuat pembelian pada jumlah minimum dalam satu transaksi menggunakan kad kredit atau kad debit RB

    Pemegang kad akan mendapat satu penyertaan ke dalam cabutan bertuah bagi perbelanjaan dalam negara dan tiga penyertaan bagi perbelanjaan di luar negara dalam cabutan utama berkenaan.

    GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON
    GAMBAR OLEH JAMES KON
    Para pemenang bertuah bergambar ramai semasa majlis tersebut. – GAMBAR OLEH JAMES KON

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda