Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pemilik BMW kunjungi Munich

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 SEPT – Tiga pemilik BMW bersama pasangan mereka membawa pulang pengalaman berharga dari Munich, Jerman, setelah berpeluang mengunjungi pelbagai tempat menarik terutamanya BMW Welt yang setentunya diimpikan oleh penggemar kereta mewah itu.

    Pemilik-pemilik BMW berkenaan merupakan pelanggan bertuah yang memenangi lawatan eksklusif ke BMW Welt di Munich dalam kempen BMW pada Julai lalu dan telah berlepas ke Jerman pada awal bulan ini dengan diiringi tiga wakil BMW. BMW Welt memaparkan seni bina menarik dan futuristik yang menempatkan pelbagai pameran untuk semua jenama dan produk BMW Group termasuk BMW, MINI, Rolls-Royce dan BMW Motorrad.

    Kenderaan yang menjadi tumpuan pada masa itu ialah BMW 8 Series Coupe, BMW M8 Gran Coupe, BMW X7 dan BMW 7 Series di mana terdapat satu sudut yang pastinya memukau terutama sekali bagi peminat BMW iaitu M Town. Terdapat empat model BMW M yang dipamerkan iaitu BMW M5, BMW X3 M, BMW X4 M dan BMW M4 Coupe.

    Rombongan tidak melepaskan peluang mendapatkan cenderamata kenangan semasa di Kedai Lifestyle Accessory, BMW Welt di mana terdapat sudut koleksi penggemar kereta MINI.

    Di samping mengunjungi BMW Welt, rombongan turut mengadakan lawatan ke Muzium BMW yang hanya terletak di seberang jalan daripada BMW Welt.

    Muzium berkenaan merupakan tempat yang luar biasa untuk mengetahui BMW di samping mengetengahkan persembahan menarik, sejarah jenama dan produk BMW itu sendiri.

    Rombongan juga berpeluang mengadakan lawatan ke tempat-tempat menarik di sana antaranya Kampung Hohenschwangau untuk melawat Neuschwanstein dan   Hohenschwangau Castle yang terletak di Timur Bavaria iaitu tempat pertanian Jerman.

    Rombongan bergambar ramai sebelum memasuki BMW Welt di Munich. – Gambar oleh QAF Auto.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda