Tuesday, May 13, 2025
25.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pencuri dipenjara

    Oleh Rafidah Jumat

    BANDAR SERI BEGAWAN, 30 Mei – Tiga lelaki yang mengaku bersalah melakukan curi dijatuhi hukuman penjara oleh Mahkamah Majistret, hari ini.

    Jhosney anak Masing, 38, dan Muhammad Zulhilmi bin Haji Muhammad, 40, dijatuhi hukuman lapan bulan penjara oleh Ketua Majistret Pengiran Masni binti Pengiran Haji Bahar sementara Rosman bin Abdullah @ Boman anak Nyambong, 48, menerima hukuman satu tahun penjara.

    Ketiga-tiga tertuduh didakwa mencuri dua enjin penjana kuasa, alat pemotong rumput, enjin bot, minyak gelen dan silinder gas dari sebuah rumah yang tidak berpenghuni di Kampung Supon, Tutong sekitar Mei 2019.

    Pemilik rumah hanya menyedari barang-barangnya hilang apabila menjenguk rumahnya pada 19 Mei 2019. Laporan polis kemudian dibuat, yang membawa tangkapan ketiga-tiga tertuduh.

    Pendakwaan dibuat Timbalan Pendakwa Raya, Syazwani binti Jumat.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda