KATHMANDU, 31 OKT – Kira-kira tiga pendaki Perancis hilang selepas runtuhan salji melanda kawasan mereka berada dekat Gunung Everent, Nepal, lapor media hari ini.
Pendaki tidak dinamakan cuba untuk mendaki puncak setinggi 6,000 meter dekat Everest, lapor The Himalayan Times. Khemah mereka dan material pendakian dikesan dekat glasier Minbo La bawah Gunung Amadablam oleh pasukan penyelamat awal hari ini, tambah akhbar itu, memetik sumber.
Pegawai Jabatan Pelancongan memberitahu Himalayan Times yang para pendaki tidak memiliki kebenaran daripada pihak berkuasa untuk mendaki puncak gunung terbabit. Semua pendaki di Nepal dikehendaki untuk memohon kebenaran daripada kerajaan atau Persatuan Pergunungan Nepal untuk mendaki puncak-puncak di negara itu.
Pihak berkuasa dimaklumkan dengan situasi mereka selepas mendapat rayuan daripada keluarga mereka bagi untuk melancarkan misi pencarian, tambah penyiaran itu lagi. – AFP