Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pendatang maut dilanggar kenderaan

    MEXICO CITY, 30 OGOS – Tiga pendatang terbunuh dan 17 yang lain cedera kelmarin apabila mereka dilanggar oleh sebuah kenderaan di lebuh raya di negeri selatan Mexico, Oaxaca, kata pihak berkuasa.

    Pegawai mengesahkan bahawa dua daripada mangsa yang maut seorang dewasa dan seorang kanak-kanak berasal dari Nicaragua.

    Pendakwa raya negeri Oaxaca berkata mangsa merupakan seorang bapa dan anak perempuannya yang berusia 8 tahun.

    Seorang wanita dari Ecuador turut terbunuh. Tiada maklumat segera mengenai keadaan mangsa yang cedera dalam kemalangan tersebut.

    Oaxaca ialah laluan utama bagi pendatang yang ingin menyeberangi Mexico untuk sampai ke sempadan Amerika Syarikat, dan kemalangan yang melibatkan migran di sana adalah perkara biasa. Kejadian itu berlaku pada awal pagi kelmarin di lebuh raya dua lorong berhampiran bandar Juchitan, Oaxaca. Kumpulan pendatang kerap berjalan di sepanjang tepi lebuh raya di selatan Mexico dalam kegelapan sebelum subuh bagi mengelakkan panas terik pada waktu siang.

    Kenderaan peronda polis kadangkala mengiringi kumpulan besar pendatang yang berjalan di lebuh raya untuk cuba mengelakkan kemalangan seperti itu. – AP

    Pendatang meneruskan perjalanan ke sempadan AS-Mexico di sepanjang lebuh raya utara La Lima, di selatan negeri Veracruz, Mexico, pada 24 November 2021. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda