Khamis, November 20, 2025
26.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga penerima anugerah Hari Guru diraikan

    Oleh Sim Y. H. 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 10 OKT – Persekutuan Guru-Guru Melayu Brunei (PGGMB) hari ini telah mengadakan Majlis Apresiasi kepada guru-guru PGGMB yang berjaya menerima anugerah sempena Hari Guru pada tahun ini.

    Majlis Apresiasi yang berlangsung di Ibu Pejabat PGGMB, Bandar Seri Begawan telah meraikan Hajah Norjum binti Haji Yusof iaitu penerima Anugerah Guru Berjasa, Nor Hayati binti Haji Sadim, dan Umi Khuntum binti Haji Asmat / Maidin masing-masing penerima Anugerah Penghargaan Hari Guru (Special Mention).

    Pada majlis berkenaan penyampaian sijil dan cenderamata kepada penerima telah disampaikan oleh Yang DiPertua PGGMB, Haji Mustapa bin Haji Masri.

    Turut hadir di majlis itu, Jawatankuasa Tertinggi PGGMB, Jawatan Tadbir PGGMB, Ahli-ahli PGGMB dan Kakitangan PGGMB.

    Di majlis itu, Haji Mustapa telah merakamkan ucapan tahniah dan syabas atas penganugerahan kepada guru-guru berkenaan dan berharap para guru akan terus memberikan sumbangan dan komitmen kepada pihak PGGMB serta sekolah.

    Para penerima diraikan menerima sijil dan cenderamata di majlis berkenaan. – GANBAR SERAHAN PGGMB
    GAMBAR SERAHAN PGGMB
    Haji Mustapa bergambar-ramai bersama para penerima yang diraikan di majlis berkenaan. – GAMBAR SERAHAN PGGMB

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda