Tuesday, May 13, 2025
29.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pengawal Iran maut diserang

    TEHRAN, 30 SEPT – Tiga anggota Pengawal Revolusi Iran dibunuh oleh penyerang tidak dikenali semalam di wilayah tenggara Sistan-Baluchistan, lapor media negeri.

    “Pada pukul 4 petang hari ini, dua buah kereta milik militia Basij di daerah Nikshahr diserang oleh penumpang kereta Peugeot 405 semasa berada di jalan raya,” kata agensi berita IRNA, memetik satu kenyataan oleh pengawal.

    Seorang anggota pengawal juga cedera, tambahnya, berkata identiti penyerang masih disiasat.

    Sistan-Baluchistan telah lama menjadi tempat bergolak di mana pemisah Baluchi dan pejuang jihad melancarkan serangan antara sempadan.

    Kumpulan jihad Jaish al-Adl telah menyerang dan menculik kakitangan keselamatan Iran sebelum ini.

    Dalam satu kejadian, 27 pengawal terbunuh dalam serangan nekad menyasarkan sebuah bas di wilayah itu pada Febuari 2019. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda