Saturday, July 12, 2025
26.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga pengedar dadah dijatuhkan hukuman mati di Vietnam

    HANOI, 18 JUN – Sebuah mahkamah di selatan Vietnam telah menjatuhkan hukuman mati ke atas tiga pengedar dadah kerana menyeludup dan menjual lebih 50 kilogram heroin dan dadah sintetik, lapor media hari ini.

    Vietnam mempunyai undang-undang dadah antara yang paling ketat di dunia, dengan hukuman mati sering dijatuhkan ke atas pesalah dadah.

    Dalam perbicaraan sehari di wilayah Long An, ketua kumpulan berusia 35 tahun, Pham Trung Hieu, bersama tiga rakan sejenayahnya, didapati bersalah atas kesalahan mengedar dadah.

    Tiga daripada mereka dijatuhi hukuman mati manakala seorang lagi dipenjara seumur hidup, menurut laman berita VNExpress.

    Mereka didakwa menyeludup dadah dari Kemboja untuk diedarkan kepada pengedar di bandar Ho Chi Minh dan juga wilayah-wilayah yang berhampiran.

    Kegiatan sindiket itu terbongkar pada April 2023 apabila mereka dikesan sedang mengangkut sebahagian dadah tersebut dan cuba untuk melarikan diri daripada serbuan polis, kenderaan mereka melanggar seorang anggota polis dan dua penduduk tempatan. – AFP

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda