Tuesday, September 17, 2024
23.1 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga peserta bina badan harum nama negara

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 JULAI- Tiga peserta negara iaitu Awangku Kamarolzaman bin Pengiran Haji Ismail, 35 tahun, yang menyertai Kategori Model Bermuda Lelaki; Muhammad Khairuddin bin Haji Majanun, 39 tahun, yang menyertai Kategori Model Denim Jean Lelaki; dan Mohammad Isamramadani bin Awang Rahman, 30 tahun, yang menyertai Kategori Bermuda masing-masing telah berjaya menempah nama dalam Kejohanan Grand Prix Borneo di Kota Kinabalu, Sabah, baru-baru ini.

    Dalam Kejohanan itu, Awangku Kamarolzaman berjaya merangkul gelaran Juara Champion of champions dalam Kategori Model Bermuda Lelaki, sementara Muhammad Khairuddin merangkul tempat kedua dalam Kategori Model Denim Jean Lelaki, manakala Isamramadani berjaya memasuki 10 teratas Kategori Bermuda.

    Mereka berharap agar kemenangan tersebut akan memberi inspirasi kepada orang lain untuk percaya terhadap kebolehan sendiri. Di samping itu, para ahli bina badan itu turut menjelaskan kepentingan bekerjasama dan mengekalkan semangat setiakawan sesama ahli bina badan dan institusi-institusi yang lain bagi mencapai potensi kejayaan yang lebih tinggi, selain mengharumkan nama negara.

    Mereka telah menjalani persiapan dalam amalan pemakanan dan latihan kecergasan di Gim Lockdown yang dibantu oleh dua jurulatih kecergasan, Muhaammad sofian bin sahdan, dan Norsaidi bin Haji bangkol, manakala Pengiran suherman bin Pemgiran Haji Bidin pula sebagai pengurus yang mengendalikan aspek-aspek penting sebelum dan ketika kejohanan berlangsung.

    Peserta negara yang telah menyertai pertandingan tersebut.

     

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda