Thursday, April 17, 2025
31.6 C
Brunei
  • Rileks Jap

Berita Terkini

Tiga polis terbunuh ketika serbu pusat sabung ayam

JAKARTA, 18 MAC – Seramai tiga anggota polis Indonesia maut ketika melakukan serbuan ke atas pusat perjudian sabung ayam haram di daerah Way Kanan, wilayah Lampung, yang terletak di hujung selatan Pulau Sumatera.  

Ketiga-tiga anggota ditembak oleh individu tidak dikenali pada malam Isnin ketika mereka berada di Kampung Karang Manik, mukim Negara Batin.  

Menurut kenyataan polis, kesemua mangsa cedera parah akibat tembakan di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.  

Mereka yang terkorban dikenal pasti sebagai Ketua Polis Negara Batin Inspektor Lusiyanto, serta dua anggota dari Unit Siasatan Jenayah Way Kanan, Ketua Brigedier Petrus Apriyanto dan Brigedier Dua Ghalib Surya Ganta.  Jurucakap Polis Lampung, Komisioner Yuni Iswandari memaklumkan bahawa seramai 17 anggota dikerah ke lokasi terbabit selepas menerima laporan berhubung aktiviti perjudian haram.  

“Ketika tiba di lokasi, pasukan kami diserang individu tidak dikenali, mengakibatkan tiga pegawai terkorban ketika menjalankan tugas,” katanya.

Mayat mangsa kemudian dihantar ke Hospital Polis Lampung untuk bedah siasat. Yuni berkata pegawai kanan Polis Lampung turun ke lokasi kejadian bagi mempercepatkan siasatan dan memburu pihak yang bertanggungjawab. – Bernama

Gambar Freepik
- Advertisment -

Berita Berkaitan

Disyorkan Untuk Awda