Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga produk Philips diperkenalkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Sept – Dalam usaha untuk memperkenalkan produk jenama Philips kepada orang ramai, Syarikat Intracrop (B) Sdn Bhd telah menganjurkan bengkel masakan menggunakan produk jenama berkenaan yang berlangsung di cawangan Intracorp Megastore di Bangunan Wisma Haji Daud, Gadong.

    Bengkel selama dua jam itu dibimbing oleh Cef Jason Lew yang juga dikenali sebagai ‘The Fat Chef’ telah menunjuk cara masakan sihat dengan menggunakan tiga produk terbaru Philips.

    Pada bengkel itu, Cef Jason Lew turut menunjukkan cara masakan menggunakan Philips Smokeless Grill, di mana produk tersebut menampilkan perbezaan dengan produk seumpamanya di pasaran kerana ia tidak mengeluarkan asap apabila digunakan.

    Dua lagi produk baru iaitu Philips Airfryer dan Philips Juicer yang mana kedua-dua produk ini juga tidak kurang hebatnya dalam menghasilkan masakan dan minuman sihat.

    Bengkel masakan ini mendapat sambutan yang baik dari orang ramai yang berminat dalam mengenali produk Philips sekali gus dapat mempelajari dan mengetahui teknik masakan yang sihat.

    Cef Jason Lew semasa demo masakan menggunakan produk Philips keluaran terbaru.
    Peserta teruja melihat kehebatan produk yang baru diperkenalkan Philips.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda