Sabtu, 22 November 2025
29.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga rakan didakwa edar dadah lebih 4kg

    JOHOR BAHRU, 15 OKT – Tiga rakan didakwa di Mahkamah Majistret di Johor Bahru hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 4,712 gram, awal bulan ini.

    Pertuduhan terhadap Chin Kai Xian, 40, Chan Yi Hui, 33 dan seorang warga Bangladesh Shahinur, 41, dibacakan di hadapan Majistret Hidayatul Syuhada Shamsudin.

    Tiada pengakuan direkodkan daripada kesemua tertuduh kerana kes itu di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

    Mengikut pertuduhan ketiga-tiga lelaki itu didakwa bersama-sama mengedar dadah berkenaan di Jalan Setia Tropika 1/8, Taman Setia Tropika di Johor Bahru, pada 2:30 pagi, 4 Oktober lepas. 

    Pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang membawa hukuman mati atau penjara seumur hidup dan jika tidak dihukum mati hendaklah dihukum dengan tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan. 

    Mahkamah menetapkan 16 November depan untuk sebutan semula kes sementara menunggu laporan kimia.

    Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nuraqiilah Ahmad Rofaie manakala hanya Chin dan Shahinur diwakili peguam Mohd Daud Ismail. – Bernama

    Tiga rakan didakwa di Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 4,712 gram, awal bulan ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda