Thursday, September 19, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga rakyat AS, dua rakyat Sepanyol ditahan di Venezuela

    CARACAS, 15 SEPT – Tiga rakyat Amerika Syarikat (AS), dua rakyat Sepanyol, dan seorang warganegara Czech telah ditahan di Venezuela atas dakwaan merancang untuk menjejaskan kestabilan negara tersebut, kata kerajaan Venezuela.

    Sementara itu, AS dan Sepanyol menafikan tuduhan Caracas bahawa mereka terlibat dalam rancangan tersebut.

    Penangkapan itu berlaku dalam suasana tegang yang meningkat antara Venezuela dengan AS dan Sepanyol berikutan pilihan raya presiden yang dipertikaikan pada 28 Julai, di mana pihak pembangkang menuduh Presiden Nicolas Maduro mencuri kemenangan.

    Menteri Dalam Negeri Diosdado Cabello berkata kelmarin bahawa warga asing tersebut ditahan kerana disyaki merancang serangan terhadap Maduro dan kerajaannya.

    “Kami tahu bahawa kerajaan AS mempunyai kaitan dengan operasi ini,” tegas Cabello.

    Beliau juga menyatakan bahawa dua rakyat Sepanyol baru-baru ini ditahan di Puerto Ayacucho, di barat daya negara itu.

    Cabello menambah bahawa tiga rakyat AS dan seorang warganegara Czech juga telah ditahan, dan mengaitkan plot yang didakwa itu dengan agensi perisikan dari AS dan Sepanyol, serta dengan pemimpin pembangkang Venezuela, Maria Corina Machado. – AFP

    Diosdado Cabello ketika memberikan sidang akhbar mingguannya, di Catia La Mar, La Guaira, Venezuela, pada 19 Ogos 2019. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda