Tuesday, July 15, 2025
24.6 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga remaja ditemukan mati dalam kereta

    ETNA GREEN, INDIANA, 1 NOV – Keputusan awal autopsi menunjukkan tiga remaja yang ditemukan mati dalam sebuah kereta di utara Indiana mungkin meninggal dunia akibat keracunan karbon monoksida, kata Polis Negeri Indiana semalam.

    Ketiga-tiga remaja itu ditemui tidak sedarkan diri pada Ahad dalam sebuah kereta di kawasan luar bandar berdekatan bandar Kosciusko County, Etna Green, kira-kira 48 kilometer dari tenggara South Band.

    Robert Bontrager, 18, dari Bandar Rom, sedang duduk di tempat duduk pemandu dan Karen Miller dan Nathan Yoder masing-masing berusia 16 tahun dari Topeka, berada di tempat duduk belakang. Kesemua remaja disahkan mati di tempat kejadian. – AP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda