Sabtu, 22 November 2025
29.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga rumah di Kg Sg Kebun terlibat kebakaran

    Oleh Salawati Haji Yahya –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 FEB – Tiga buah rumah musnah dijilat api dalam kejadian kebakaran di kawasan Kampung Sungai Kebun, baru-baru ini.
     
    Dalam kejadian itu,  seramai 39 orang anggota bomba dari Balai Bomba Sungai Kebun dan Balai Bomba Pelancaran yang diketuai oleh ASO Kalali bin Haji Munchit serta bantuan tenaga Balai Bomba Bandar Seri Begawan, Balai Bomba Beribi, Balai Bomba Pengkalan Batu dan Balai Bomba Berakas telah dikerahkan ke tempat insiden kebakaran rumah tersebut.
     
    Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), kelmarin, sebaik sahaja tiba di tempat kejadian, anggota bomba segera bertindak memadam kebakaran dengan menggunakan tujuh jet hos 64mm ke 38mm dengan menggunakan control dividing breeching yang mana air diperoleh daripada air terbuka dan pili bomba yang berdekatan.
     
    Dalam kejadian itu, api dapat dikawal dalam masa satu jam daripada merebak, dan tidak ada korban jiwa dan kecederaan berlaku dengan punca dan anggaran kerugian masih dalam siasatan.
     
    Sehubungan itu, JBP menyarankan kepada orang ramai supaya sentiasa memastikan mana-mana suis peralatan elektrik dimatikan selepas digunakan atau sebelum meninggalkan bangunan, memastikan penyelenggaran wayar elektrik dikendalikan oleh syarikat bertauliah mengikut piawaian yang dikendalikan oleh pihak Jabatan Elektrik dan bangunan dilengkapi dengan peralatan keselamatan kebakaran iaitu alat pemadam api jenis debu kering 2kg dan selimut api.
     
    Di samping itu, orang ramai juga dinasihatkan untuk mengetahui mengenai tatacara penggunaan alat pemadam api dengan betul bagi tindakan awal memadam kebakaran kecil.
     
    Jika berlaku sebarang insiden kecemasan, hubungi talian kecemasan 995 dengan memberikan maklumat yang tepat.
     
    Anggota bomba dan penyelamat berusaha memadam kebakaran semasa kejadian yang berlaku di Kampung Sungai Kebun, baru-baru ini. – GAMBAR SERAHAN JBP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda