NAIROBI, 16 April – Badan pilihan raya Kenya hari ini berdepan kegawatan selepas tiga orang pesuruhjaya meletak jawatan selepas hilang keyakinan terhadap pengerusi.
Naib-Pengerusi Consolata Nkatha, Pesuruhjaya Paul Kurgat dan Margaret Mwachanya memberitahu dalam sidang media di Nairobi bahawa sudah sekian lama dan terlalu banyak pengerusi Suruhanjaya Sempadan dan Pilihan Raya Bebas (IEBC), Wafula Chebukati gagal untuk mengawal keadaan apabila berlakunya sesuatu dan memacu ke arah yang betul apabila diperlukan.
“Sebaliknya, di bawah kepimpinannya, ahli lembaga suruhanjaya menjadi tempat timbulnya berita-berita tidak betul yang menimbulkan ketidakpercayaan serta menjadi tempat individu untuk mencapai kepentingan peribadi,” kata Mwachanya.
“Di bawah kepimpinan suruhanjaya pada masa ini, kami berdepan banyak kejadian di mana beberapa kenyataan yang menyatakan kedudukan suruhanjaya namun kenyataan tersebut telah disalahertikan,” ujarnya lagi dan menambah, perkara yang terjadi dalam 10 hari kebelakangan ini menunjukkan betapa jelasnya kerosakan dari segi manifestasi.
Ahli-ahli pesuruhjaya merujuk kepada penggantungan Ezra Chiloba, CEO suruhanjaya mengenai ‘isu pemerolehan’ dan ‘menyalahgunakan dana’ semasa pilihan raya yang lalu dan pengerusi IEBC mahu menyiasat sementara Chiloba masih belum bertugas. – Xinhua