Sabtu, 22 November 2025
23.4 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga sertai Program TVET China-ASEAN

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 JULAI – Tiga profesional cemerlang Brunei akan menyertai Program Latihan Fakulti Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) China-ASEAN 2025 yang dianjurkan oleh Institut Vokasional Ekonomi dan Perdagangan Guangxi (GXETVI), China.

    Para delegasi negara yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei (LTAB) pagi tadi terdiri daripada Pengarah Urusan, Chef dan Pengajar F&B, Mira Groups of Companies, Dayang Faridah binti Mohd Taufik; Pegawai Pembangunan Perniagaan dan Perhubungan Awam, Syarikat Wedding Loka, Dayang Juwairiyah binti Haji Sariffudin dan Pengurus Butik, Syarikat Wedding Loka, Hajah Asdina binti Haji Mohammad Arif.

    Mereka akan memulakan latihan dalam pelbagai bidang khusus, sebagai sebahagian daripada usaha berterusan untuk memupuk kerjasama serantau dan meningkatkan standard TVET di seluruh ASEAN dan China.

    Dayang Faridah akan menyertai latihan yang tertumpu pada seni pastri Cina, teknik membuat doh tradisional dan amalan kulinari budaya di Yi Yin School; manakala Dayang Juwairiyah akan mengikuti latihan E-Commerce Valley dengan memfokuskan latihannya dalam perdagangan penstriman langsung, strategi pemasaran digital dan ekosistem e-dagang.

    Dayang Faridah, Dayang Juwairiyah dan Hajah Asdina bergambar ramai di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk menyertai Program Latihan Fakulti TVET China-ASEAN 2025. – GAMBAR OLEH NURDIYANAH R.
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda