Sunday, May 11, 2025
29.8 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga tan kokain dirampas

    ROM, 16 MEI – Polis Kewangan Itali dan pegawai kastam merampas lebih 2.7 tan kokain tulen di pelabuhan Gioia Tauro di wilayah Calabria, Itali.

    Dadah itu disembunyikan dalam dua bekas peti sejuk bersama dengan 78 tan pisang, lapor agensi berita Itali (ANSA) hari ini memetik pihak berkuasa.

    Kontena itu berada di atas kapal yang belayar dari Ecuador ke Armenia melalui pelabuhan Batumi di Georgia.

    Calabria ialah kawasan asal ‘mafia Ndrangheta’ yang merupakan sindiket jenayah terancang paling berkuasa di Itali. – Bernama

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda