Sunday, March 23, 2025
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga tentera gabungan maut dalam serangan roket

    BAGHDAD, 12 MAC – Para pegawai Iraq dan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bergegas untuk mengawal keadaan selepas serangan roket yang telah membunuh tiga tentera gabungan yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) yang mengancam ketegangan di antara Iran dan AS.

    Dalam tempoh beberapa jam serangan di pangkalan udara Taji, di Utara Baghdad – serangan paling berdarah dalam beberapa tahun di pangkalan yang digunakan oleh tentera AS di Iraq – serangan udara telah membunuh lebih berpuluh-puluh pejuang sekutu Iran di kejiranan Syria.

    Kejadian itu menandakan keganasan terbaharu dalam tempoh lebih dari tiga bulan selepas serangan roket telah membunuh seorang kontraktor AS di Utara Iraq, dan menyaksikan berbalas-balas serangan di antara Washington dan Tehran di kawasan Iraq.

    Pusat Kawalan Tentera Iraq berkata ia adalah ‘satu cabaran sekuriti yang serius’ dan menyeru agar siasatan dijalankan.

    Presiden Barham Saleh dan speaker parlimen, Mohammed al-Halbussi mengecam serangan ‘pengganas’ yang disasarkan ke atas ‘Iraq dan keselamatannya’.

    Misi PBB di Iraq menyeru agar ‘sekatan maksimum dikenakan di seluruh tempat.’

    “Serangan yang berterusan ini adalah suatu yang jelas dan ancaman besar kepada negara, dan risiko tindakan pengganas kumpulan bersenjata akan terus menjadi kebimbangan berterusan,” beliau berkata.

    Serangan kelmarin merupakan serangan ke-22 di atas tentera AS di Iraq sejak lewat Oktober.

    Kira-kira 18 buah roket telah menyerang pangkalan tentera udara di Taji, salah satu dari berpuluh-puluh kemudahan di seluruh Iraq di mana pasukan gabungan telah ditempatkan.

    Pasukan gabungan mengesahkan tiga orang anggota tentera telah terkorban dan berpuluh-puluh tercedera.

    Tiada kumpulan yang mengaku bertanggungjawab tetapi Washington telah menuduh kumpulan Hashed al- Shaabi, yang rapat dengan negara jiran, Iran, sebagai dalang serangan tersebut.

    Sebagai tindak balas, satu serangan udara telah membunuh pasukan Hashed al-Shaabi di Timur Syria yang telah mengorbankan 26 orang pejuang selepas serangan ke atas tentera gabu-ngan yang diketuai oleh AS.

    Pegawai AS sebelumnya memberitahu AFP bahawa mereka menganggap kumpulan Hashed sebagai ancaman terbesar selain IS, disebabkan oleh kekerapan dan ketepatan serangan roket ke atas tentera AS. – AFP

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda