Tuesday, May 13, 2025
25.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga terbunuh, sisa bom meletup

    JALALABAD, 29 April – Seorang wanita dan dua kanak-kanak terbunuh dalam satu insiden letupan akibat peninggalan bahan letupan semasa perang di timur wilayah Nangarhar, menurut jurucakap kerajaan wilayah hari ini.

    “Insiden itu berlaku pada sekitar 6:30 pagi hari ini di daerah Surkh Rod, timur ibu negeri wilayah, bandar Jalalabad,” menurut jurucakap Attaullah Khogyani kepada Xinhua.

    Katanya lagi, letupan itu berlaku di atas sebidang ladang pertanian berdekatan rumah mangsa. Letupan itu turut mencederakan seorang wanita dan remaja perempuan yang lain.

    Sementara itu, jabatan polis wilayah telah melancarkan satu siasatan ke atas insiden itu.

    Pegawai Afghanistan telah menggunakan istilah sisa bahan letupan perang (ERW) yang merujuk kepada kelengkapan tentera yang tidak meletup dan kelengkapan tentera yang ditinggalkan.

    Letupan ERW telah membunuh 164 orang awam dan mencederakan 475 yang lain di seluruh Afghanistan tahun lalu, menurut angka misi Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda