Tiga terkorban ketika misi menyelamat

PARIS, 2 DIS – Tiga pekerja kecemasan maut dalam nahas helikopter berhampiran Marseille ketika dalam misi menyelamat di selatan Perancis yang dilanda banjir, kata Kementerian Dalam Negeri hari ini.

Helikopter EC145 dinaiki mereka terputus hubungan radio dan radar ketika dalam penerbangan menyelamat dan meninjau di wilayah Var malam semalam.

Ketiga-tiganya ditemui mati pada jam 1:30 pagi waktu tempatan berhampiran bandar Rove, kata Menteri Dalam Negeri Christophe Castaner dan setiausahanya, Laurent Nunez, dalam kenyataan.

Siasatan masih dijalankan untuk memastikan punca nahas. – AFP