Wednesday, February 12, 2025
23 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga wanita penting dalam hidup Ranveer Singh

    Dikelilingi wanita sepanjang hidupnya membuatkan pelakon Ranveer Singh cukup tahu untuk menghargai golongan tersebut.

    Menurutnya, wanita jugalah yang banyak membentuk dirinya sehingga berjaya hari ini. Kata Ranveer, tiga wanita utama dalam hidupnya adalah ibu, kakak dan isterinya iaitu pelakon Deepika Padukone.

    “Apa yang terjadi kepada saya hari ini adalah disebabkan wanita-wanita istimewa yang ada di sekeliling saya. Sejak kecil lagi tenaga wanita telah banyak mempengaruhi saya.

    “Mereka bukan sekadar menyokong saya, bahkan mereka adalah dunia saya. “Ibu adalah segala-galanya buat saya. Manakala kakak pula bagaikan ibu kedua. Semenatara itu isteri adalah kekuatan untuk saya terus ‘terbang’,” katanya seperti yang dipetik dari Pinkvilla. – Agensi

    Kata Ranveer, tiga wanita utama dalam hidupnya adalah ibu, kakak dan isterinya iaitu Deepika Padukone. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda