BANDAR SERI BEGAWAN, 10 MAC – Tiga warga Indonesia telah dijatuhkan hukuman di atas kesalahan di bawah Bab 15(1) Akta Imigresen, Penggal 17 iaitu tinggal lebih masa di Negara Brunei Darussalam setelah pas imigresen mansuh.
Menurut kenyataan Jabatan Imigresen dan Pendaftaran Kebangsaan (JIPK), ketiga-tiga lelaki berkenaan iaitu Budianto, 41, Ayub, 30, dan Sujiyo, 49, telah dijatuhkan empat bulan penjara dan tiga kali sebatan.

Pendakwaan dibuat di hadapan Majistret Abdul ‘ Azim bin Othman dan dijalankan oleh pegawai pendakwa JIPK, Haminah binti Haji Awang Salleh.
Kes-kes berkenaan adalah susulan daripada Operasi Kabat 28/2024 yang telah dijalankan oleh JIPK sebelum ini di kawasan rumah sewa persendirian di Mukim Lumapas.
Dalam pada itu, orang ramai yang mempunyai maklumat pesalah-pesalah imigresen adalah dialu-alukan untuk menghubungi terus ke talian Hotline JIPK 8734888 / 8753888 (Bandar Seri Begawan) / 8984111 (Kuala Belait).

