Wednesday, February 12, 2025
26.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiga warga Turki diculik

    ANKARA, 5 Nov – Perdana Menteri Turki Binali Yildirim berbual dengan rakan sejawatnya dari Libya Fayez al-Serraj melalui telefon sabtu lalu untuk membuat perundingan berhubung dengan situasi tiga orang warga Turki yang diculik di Libya.

    Menurut kenyataan dari pejabat Perdana Menteri Turki, Yildirim berkata pihak Turki berharap tiga orang warganya akan dijumpai secepat mungkin. “kami bersedia untuk memberikan bantuan berhubung dengan perkara ini,” tambahnya lagi.

    Al-Serraj memberitahu bahawa kerajaan Libya akan menggunakan segala kemudahan untuk menyelamatkan warga Turki tersebut.

    Jumaat lalu, kumpulan bersenjata telah menculik tiga orang warga Turki dan seorang warga Jerman yang berkerja di firma Kejuruteraan dan pembinaan Turki di selatan barat Ubari.

    Pasukan khas keselamatan Libya telah melancarkan operasi mencari dan menyelamat perkerja tersebut, menurut kenyataan rasmi dari Libya. – Xinhua

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda