Thursday, February 6, 2025
22.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiger ChainBlock Strongest Athlete terima sumbangan

    Oleh Syahmi Hassan – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 14 SEPT – Pasukan Tiger ChainBlock Strongest Athlete telah menerima sumbangan daripada penaja utama Alex Babyz bagi mewakili Negara Brunei Darussalam ke Pertandingan Labuan Strongestman 2023 yang akan berlangsung di Labuan International Sea Sports Complex, pada 16 hingga 17 September ini.

    Sumbangan tersebut telah diterima oleh pengurus Tiger ChainBlock Strongest Athlete.

    Pasukan negara diketuai oleh pengurus, Rosmini bin Haji Rosman dan penolong pengurus, Nordin bin Haji Mohammad bersama dengan empat orang atlet yang mengikuti acara terbuka.

    Atlet-atlet tersebut ialah Pengiran Roslainie bin Pengiran Haji Jumat, Muhd Azhar bin Azman, Mohd Hamizan bin Haji Zainal dan Mohd Ismail bin Mohd Shaiful Baharin.

    Alex Babyz dan Pasukan Tiger ChainBlock Strongest Athlete bergambar ramai sebelum mengikuti Pertandingan Labuan Strongestman 2023. – Gambar serahan Tiger ChainBlock Strongest Athlete
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda