Friday, May 9, 2025
30.3 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiger, McIlroy bakal bergandingan

    MIAMI, 9 DIS – Tiger Woods bakal kembali semula dalam perlawanan kompetitif golf selepas lima bulan berehat. Dia akan digandingkan dengan pemain ranking teratas, Rory McIlroy menentang Justin Thomas dan Jordan Spieth pada Sabtu dalam The Match, acara 12 lubang yang direka untuk siaran televisyen.

    Woods menarik diri daripada Cabaran Wira Dunia minggu lepas, acara jemputan anjurannya di Bahamas, selepas mengalami kecederaan plantar fasciitis di kaki kanannya.

    Namun, juara kejohanan utama 15 kali, Woods, yang menang Jelajah PGA 82 kali, setaraf dengan rekod sepanjang zaman milik Sam Snead, bakal berganding bahu dengan juara kejohanan utama empat kali, McIlroy dalam acara pada waktu malam di Kelab Golf Pelican, pinggir bandar Tampa, Florida.

    “Saya boleh beritahu awda satu perkara, saya akan beraksi bersama pemain nombor satu dunia, jadi saya pasti OK. Saya boleh memukul bola golf. Cuma agak sukar untuk saya berjalan dari titik A ke titik B, jadi (naik kereta) sememangnya banyak membantu,” katanya.

    Kejohanan itu, yang akan dijalankan dalam format bola terbaik, dianjurkan sebagai platform untuk mengumpul dana bagi bantuan kepada mangsa Taufan Ian, yang berlaku pada awal tahun ini. – AFP

    Woods semasa majlis penyampaian trofi Cabaran Hero Dunia di Kelab Golf Albany, Bahamas, baru-baru ini. – AP
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda