Sunday, November 17, 2024
23.9 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiger Stripes menang di Cannes

    Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil mengucapkan tahniah di atas kejayaan filem Tiger Stripes merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.

    “Tahniah filem Tiger Stripes mencipta sejarah, filem arahan anak Malaysia pertama yang merangkul anugerah utama pada Minggu Kritik Festival Filem Cannes.

    “Semoga kejayaan ini menjadi sumber inspirasi buat rakyat Malaysia,” katanya menerusi hantaran di Facebook, baru-baru ini.

    Tiger Stripes adalah filem arahan Amanda Nell Eu yang mengisahkan seorang remaja perempuan berusia 12 tahun yang mengalami tekanan dan perubahan drastik ketika mencapai usia akil baligh.

    Filem terbitan syarikat Ghost Grrrl Pictures arahan Eu itu dibintangi pelakon terkenal Malaysia, Shaheizy Sam bersama bintang baharu, Zafreen Zairizal dan Deena Ezral.

    Turut membintanginya ialah pelakon veteran, Fatimah Abu Bakar.

    Kejayaan itu membolehkan Eu membawa pulang wang tunai EURO10,000 (RM49,400) bagi festival edisi ke-62 itu. – Bernama

    Tiger Stripes adalah filem arahan Amanda Nell Eu yang memenangi anugerah pada Minggu Festival Filem Cannes. – Agensi
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda