Thursday, April 18, 2024
25.3 C
Brunei

    -

    Tiger terima bonus AS$15 juta

    MIAMI, 23 NOV – Tiger Woods, yang bermain sembilan perlawanan kompetitif pada tahun 2022, berada di kedudukan teratas dalam Program Impak Pemain Jelajah PGA buat kali kedua berturut-turut sekali gus menerima bonus AS$15 juta, umum jelajah PGA pada Selasa.

    Woods, yang memenangi 82 gelaran PGA berkongsi rekod sepanjang zaman dengan Sam Snead, mendahului analisis pendedahan media antarabangsa dengan pemenang Piala FedEx, Rory McIlroy di tempat kedua dan Jordan Spieth di tempat ketiga.

    McIlroy, pemenang kejohanan utama empat kali, membawa pulang AS$12 juta, manakala Spieth, pemenang kejohanan utama tiga kali, membawa pulang AS$9 juta.

    Program impak tahun kedua ini memberikan hadiah wang kepada 23 orang pemain, iaitu 20 teratas dan tiga orang pemain tambahan yang akan dimasukkan ke dalam senarai menurut kriteria tahun 2023 – pemain Jepun, Hideki Matsuyama dan pemain Amerika Syarikat (AS), Cameron Young serta Sam Burns. Masing-masing akan menerima AS$2 juta.

    Program tersebut direka sebagai ganjaran untuk pemain yang menunjukkan minat tinggi terhadap PGA, yang dinilai melalui carian internet, rujukan dalam artikel berita, pendedahan penajaan televisyen hujung minggu, populariti serta capaian dan penglibatan dalam media sosial. – AFP

    Gambar fail bertarikh 15 Julai 2022 menunjukkan aksi pemain golf Amerika Syarikat, Tiger Woods semasa pusingan kedua Kejohanan Golf Terbuka British ke-150 di Scotland. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gempa bumi 6.3 magnitud di Jepun cederakan 8 orang

    TOKYO, 18 APRIL – Lapan orang dilaporkan cedera hari ini selepas gempa bumi berukuran 6.3 magnitud melanda barat daya Jepun, tetapi tiada kerosakan besar...