Saturday, July 27, 2024
27.1 C
Brunei

    -

    Tiger Woods terima pengecualian khas

    WASHINGTON, 3 MEI – Tiger Woods, pemenang kejuaraan utama 15 kali, telah menerima pengecualian khas ke Terbuka Amerika Syarikat ke-124 pada bulan depan di Pinehurst, seperti yang diumumkan Persatuan Golf AS kelmarin.

    Legenda golf berusia 48 tahun itu, juara tiga kali Terbuka AS, mengalami kesulitan untuk menghabiskan 72 lubang selepas mengalami kecederaan parah di kaki dalam kemalangan kereta pada 2021.

    Namun, Woods berkata beliau berharap untuk bermain sebulan sekali pada tahun ini dan menduduki tempat ke-60 dalam Masters bulan lepas, menamatkan 72 lubang dalam kejuaraan utama buat kali pertama sejak beliau kembali daripada kemalangan di Masters 2022.

    “Terbuka AS, kejohanan kebangsaan kita, adalah acara yang benar-benar istimewa untuk permainan kita dan yang telah membantu menentukan kerjaya saya,” kata Woods dalam satu kenyataan.

    “Saya berbesar hati menerima pengecualian ini dan sangat teruja dengan peluang untuk bersaing dalam Terbuka AS tahun ini, terutamanya di Pinehurst, venue yang sangat bermakna dalam dunia golf.”

    Kejohanan itu akan diadakan pada 13-16 Jun di padang golf terkenal di North Carolina, tempat di mana gelaran Terbuka AS pernah dimenangi oleh mendiang Payne Stewart pada 1999, Michael Campbell dari New Zealand pada 2005 dan Martin Kaymer dari Jerman pada 2014. – AFP

    Woods melakukan pukulan dari bunker pada lubang ke-16 semasa pusingan akhir pada kejohanan golf Masters di Kelab Golf Nasional Augusta pada 14 April. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Agensi cuaca Jepun keluarkan amaran strok haba

    TOKYO, 26 JULAI – Pegawai cuaca Jepun hari ini menggesa orang ramai mengambil langkah-langkah bagi mencegah strok haba ketika cuaca panas melampau dijangka melanda...