Sabtu, 22 November 2025
Klik Lagi

    Tikam belakang

    Assalamualaikum, terima kasih kepada Media Permata kerana membuka ruang untuk saya bercerita tentang kisah hidup saya. Saya cuma nak luahkan apa yang saya pendam selama ni. Tentang kawan yang saya sangka sahabat sejati.

    Kami rapat sejak tahun pertama masuk universiti. Ke mana saja mesti berdua. Makan sama-sama, belajar sama-sama, pergi kafe, jalan-jalan lepas kelas, semua buat bersama.

    Dia selalu cakap, “Kita ni macam adik-beradik.” Saya percaya. Bila dia susah, saya hulur bantuan. Bila dia kecewa, saya jadi pendengar. Saya sangka persahabatan kami ikhlas.

    Tapi rupa-rupanya saya silap. Semuanya terbongkar bila kawan-kawan lain mula beritahu saya. Di belakang saya, dia buruk-burukkan saya. Katanya saya suka berlagak pandai, buat baik depan pensyarah, konon nak tunjuk hebat. Dia cakap saya pura-pura, cari perhatian, nak jadi budak kesayangan pensyarah.

    Orang yang saya anggap kawan baik, sanggup buat macam tu. Tapi depan saya, dia masih boleh senyum manis, peluk saya, cakap sayang. Bila saya tanya kenapa dia sanggup cakap macam tu, dia buat muka terkejut, pura-pura tak tahu.

    Gambar Freepik

    Saya menangis diam-diam. Saya rasa bodoh sebab terlalu percaya. Saya tak pernah tikam dia, tak pernah cakap buruk pasal dia. Tapi ini yang saya dapat.

    Sejak tu, saya belajar. Tak semua orang yang rapat dengan kita itu ikhlas. Ada yang cuma mahu berkawan sebab ada kepentingan. Saya dah tak harap apa-apa lagi dari dia.

    Cukuplah saya tahu siapa diri dia yang sebenar.

    Sekarang, saya lebih berhati-hati. Lebih baik berkawan sedikit tapi ikhlas, daripada ramai kawan yang bersifat talam dua muka.

    Diana

    NASIHAT DANG MP – 

    Waalaikumussalam Diana,

    Terima kasih kerana sudi berkongsi kisah yang sangat menyentuh hati ini. Apa yang kamu lalui bukan perkara kecil dikhianati oleh orang yang kita anggap sebagai sahabat sejati adalah satu pengalaman yang perit dan mengecewakan. Perasaan keliru, terluka, dan marah itu sangat wajar, kerana kamu telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada seseorang yang kamu anggap seperti keluarga sendiri.

    Diana, hakikatnya, keikhlasan kamu dalam berkawan adalah satu nilai yang sangat mulia.

    Kamu sanggup membantu sahabat ketika dia susah, menjadi pendengar ketika dia kecewa, dan menyokongnya dari hati yang bersih. Tapi sayangnya, tidak semua orang tahu menghargai kebaikan itu. Ada yang mengambil kesempatan, dan ada juga yang menyembunyikan rasa iri hati di sebalik senyuman. Ia bukan salah kamu kerana percaya ia membuktikan kamu adalah seorang yang tulus dan ikhlas.

    Memang menyakitkan bila orang yang kita percaya sebenarnya menikam dari belakang.

    Lebih menyakitkan apabila dia berpura-pura tidak tahu dan terus bermain peranan sebagai sahabat. Tetapi dari pengalaman pahit inilah kamu mula membina kekuatan kamu belajar untuk lebih berhati-hati, dan kamu mengenali manusia dengan lebih mendalam. Ini bukan kelemahan, tapi satu bentuk kematangan dan pertumbuhan diri.

    Artikel sebelum ini
    Artikel seterusnya

    Kata Kunci

    Popular

    Sukan

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    DST Lancar Pelan Sewa Peranti Serba Baharu Bersama Mobi di Karnival...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    Berita Berkaitan

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    ADB lulus pinjaman AS$330 juta naik taraf grid tenaga Pakistan

    ISLAMABAD, 21 NOV - Pakistan akan menerima pinjaman berjumlah...

    Teroka peluang kerjasama dalam bidang onkologi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV - Pusat Kanser Brunei...

    Mahkamah umum tarikh sebutan semula kes mekanik bunuh kanak-kanak

    KUCHING, 21 NOV - Mahkamah Majistret hari ini menetapkan...

    Terkini

    Pasukan bola keranjang lelaki MS SSBD mula langkah kiri

    Oleh James Kon - BANDAR SERI BEGAWAN, 21 NOV –...

    Juruterbang India maut semasa pertunjukan Dubai Airshow

    DUBAI, 21 NOV – Sebuah pesawat pejuang India terhempas...

    Yoon dituduh manipulasi siasatan kes anggota marin lemas

    SEOUL, 21 NOV - Bekas Presiden Korea Selatan, Yoon...

    Hampir 100 penumpang diselamatkan dari bot bocor di Thailand

    BANGKOK, 21 NOV — Pihak berkuasa maritim Thailand kelmarin...