Jumaat, 21 November 2025
24.2 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tikam: Lelaki ketahui nasib 2 Januari depan

    Oleh Nour Maghfirah – 

    BANDAR SERI BEGAWAN, 28 DIS – Seorang lelaki tempatan bakal mengetahui nasibnya pada 2 Januari depan selepas dia mengaku bersalah atas tuduhan menikam seorang lelaki, dan memiliki senjata untuk menyerang di khalayak ramai.

    Pertuduhan Pendakwa Raya Mohammad Kamal Ariffin bin Ismail menyatakan bahawa Mas Fadilah bin Pungut, 38, memiliki sebilah pisau lipat, senjata untuk menyerang, di khalayak ramai.

    Pada masa yang sama sekitar 4:40 petang pada 13 Disember, defendan menikam seorang lelaki berusia 40 tahun di bahagian dada sebelah kanan, di sebuah flat kediaman di Kampung Belimbing Subok.

    Majistret Abdul ‘Azim bin Othman akan mempertimbangkan hukuman penjara sehingga 10 tahun, dengan minimum tiga kali sebatan.

     

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda