Pengumuman konsert jelajah kumpulan Blackpink pada musim panas ini menerima pelbagai reaksi peminat.
Allkpop melaporkan, ramai menyuarakan rasa kurang senang dengan harga tiket konsert Blackpink Stadium Goyang, Korea Selatan yang dikatakan terlalu mahal.
Menerusi maklumat yang tersebar, harga tiket konsert di stadium berkenaan dijual sekitar 132,000 won (RM401) hingga 275,000 won (RM835), memetik laporan mStar.
Rata-rata warganet meluahkan rasa tidak puas hati dan membandingkan dengan harga tiket konsert Coldplay lebih murah.
Kata mereka, sekiranya ingin menjual tiket konsert dengan harga lebih mahal, Blackpink harus memberikan persembahan lebih dari dua jam.
“Sekurang-kurangnya BTS membuat persembahan selama tiga jam. Jika harga tiket semahal ini, maka Blackpink juga sekurang-kurangnya menyanyi dalam tempoh lebih panjang.
“Harga tiket yang biasanya melebihi 100,000 won pun mendatangkan kemarahan, apa lagi dengan tawaran harga seperti ini.
“Konsert bermula pada pukul 8 malam, nampaknya persembahan tak sampai dua jam pun,” antara komen peminat. – Agensi
