Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    Tiket konsert D’Masiv licin dalam 48 jam

    Berdasarkan sambutan hangat peminat, penganjur Neptunes Presents menambah satu hari lagi untuk Konsert D’Masiv Road To The World bertempat di Zepp, Kuala Lumpur pada 3 Jun depan, jam 8 malam.

    Penganjurnya yang juga pelakon popular, Nabila Huda berkata, pihaknya tidak mahu mengecewakan peminat yang terlepas membeli tiket konsert malam pertama pada 2 Jun yang ‘licin’ dalam masa 48 jam sebaik penjualan tiket dibuka, baru-baru ini.

    “Alhamdulillah, tiket Konsert D’Masiv Road To The World malam pertama licin dalam tempoh 48 jam, baru-baru ini.

    “Sambutan hangat peminat D’Masiv untuk konsert pada malam pertama mencetuskan idea kepada Neptunes Presents dan D’Masiv untuk menambah satu malam lagi, sekali gus memberi ruang kepada peminat kumpulan ‘Masivers Malaysia’ untuk menyaksikan konsert yang julung kalinya diadakan di Kuala Lumpur,” kata anak rockers terkenal Amy Search itu.

    Kumpulan D’Masiv dianggotai oleh Rian Ekky Pradipta selaku vokalis, Dwiki Aditya Marsall (gitar), Nurul Damar Ramadan (gitar), Rayyi Kurniawan, Iskandar Dinata (bass) dan Wahyu Piadji (dram).

    Ditanya pemilihan artis undangan pula, kata Nabila, pihaknya akan menampilkan bekas vokalis kumpulan popular Nidji iaitu Giring untuk memeriahkan konsert D’Masiv pada malam kedua.

    “Pemilihan Giring dibuat pengurusan D’Masiv, sekali gus untuk sama-sama meraikan sambutan ulang tahun ke-20 kumpulan itu bersama peminat di Malaysia.

    “Segala persiapan rapi sudah dibuat D’Masiv membabitkan konsert pada dua malam terbabit.

    “Apa yang pasti, D’Masiv akan mempersembahkan konsert yang akan menjadi kenangan terindah buat peminat di Malaysia.” – Agensi

    Konsert D’Masiv pada malam kedua laku terjual dalam tempoh 48 jam sahaja. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...