Friday, November 15, 2024
23.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    Tiket konsert Rossa sold out tiga jam

    Tiket pra-jualan Konsert Here I Am : Rossa Live in KL oleh penyanyi tersohor Indonesia, Datuk Seri Rossa yang bakal berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil pada 14 Jun tahun depan habis terjual dalam tempoh tiga jam.

    Lebih mengujakan, tiket kategori Festival habis dijual dalam tempoh empat minit, sekali gus menbuktikan keampuhan pengaruh dan populariti penyanyi jelita itu, lapor BH Online.

    Dikenali dengan vokal memukau dan irama balada yang penuh emosi, Rossa atau nama sebenarnya, Sri Rossa Roslaina Handiyani, 46, akan mendendangkan rangkaian untaian hits kegemaran ramai dalam satu malam yang pasti akan memahat kenangan indah buat peminatnya.

    Antara lagu yang bakal disampaikan adalah Nada Nada Cinta, Pudar, Hey Ladies selain beberapa persembahan eksklusif yang hanya akan dipersembahkan pada malam istimewa tersebut.

    Mengulas penganjuran konsert berskala mega itu, Rossa menzahirkan kegembiraannya untuk kembali beraksi di pentas Malaysia dan menghiburkan peminatnya.

    “Saya teruja kembali ke Kuala Lumpur dan menyampaikan lagu-lagu yang membawa maksud mendalam buat saya.

    “Sokongan peminat di Malaysia sentiasa menghangatkan hati dan saya tidak sabar untuk berkongsi detik istimewa ini bersama mereka selepas 25 tahun berkarya,” ungkapnya.

    Dianjurkan oleh Yayasan Prihatin Nasional (PRIHATIN) dan Inspire Production dengan kerjasama SAH Entertainment, konsert itu juga sebagai tanda penghargaan buat peminat Rossa yang setia menyokong perjalanan kariernya sejak suku lebih dua dekad lalu.

    Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif PRIHATIN, Datuk Aizuddin Ghazali turut menyatakan rasa terujanya berhubung kolaborasi yang terjalin itu. – Agensi

    Tiket kategori Festival habis dijual dalam tempoh empat minit, sekali gus membuktikan keampuhan pengaruh dan populariti Rossa. – mStar
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda