Tuesday, April 16, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    Tiket palsu punca kekecohan final Liga Juara-Juara

    PARIS, 29 MEI – Polis Perancis menahan puluhan orang di Paris semasa aksi final Liga Juara-Juara di antara Liverpool dan Real Madrid, yang menyaksikan suasana huru-hara menyebabkan sepak mula perlawanan ditangguhkan selama 35 minit.

    Liverpool berkata pemegang tiket asal tidak dapat memasuki stadium disebabkan kegagalan keselamatan sementara UEFA dan pihak berkuasa Perancis menyalahkan masalah yang tercetus kepada ‘tiket palsu.’

    Kementerian dalam negeri berkata 68 orang telah ditahan, di mana 39 telah direman, bermakna mereka mungkin berdepan dakwaan.

    Badan bola sepak Eropah UEFA menyalahkan ‘tiket palsu yang tidak dapat digunakan’. Bagaimanapun, Menteri Dalam Perancis Gerald Darmanin menyalahkan peminat Liverpool, berkata ‘ribuan penyokong British sama ada tanpa tiket atau tiket palsu telah menyerbu masuk dan sesetengah mereka bersikap ganas terhadap penjaga tiket.’

    Real Madrid memenangi perlawanan itu selepas menewaskan Liverpool 1-0 untuk menjulang Piala Eropah buat kali ke-14 namun malam itu akan diingati dengan adegan buruk di luar stadium.

    Aksi pemain Liverpool Trent Alexander-Arnold (tengah) berebut bola dengan Vinicius Junior (kanan) semasa perlawanan di antara Liverpool dan Real Madrid di Stade de France, Paris pada 28 Mei 2022. – AFP

    Peminat menjadi sasaran gas pemedih mata ketika polis cuba menyuraikan orang ramai yang berasa kecewa kerana tidak dapat memasuki stadium.

    Dalam satu kenyataan, Liverpool menggesa supaya ‘penyiasatan rasmi’ terhadap kegagalan keselamatan dilakukan.

    “Ini adalah perlawanan terhebat dalam bola sepak Eropah dan penyokong tidak harus mempunyai pengalaman yang kita saksikan malam ini,” kata kenyataan kelab itu.

    Sebaik aksi berlangsung, Liverpool gagal menamatkan musim yang menakjubkan apabila banyak peluang The Reds dinafikan oleh penjaga gol Madrid, Thibaut Courtois yang banyak menyelamatkan percubaan mengagumkan.

    Vinicius Junior meledakkan gol tunggal perlawanan selepas pemain sayap Brazil itu menyambut hantaran lintang Fede Valverde.

    “Apabila penjaga gol menjadi pemain terbaik perlawanan maka ada sesuatu yang tidak kena untuk pasukan lain,” kata Klopp.

    “Kami mempunyai tiga peluang terbaik di mana Courtois berjaya melakukan penyelamatan yang luar biasa.” – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Iran tutup sementara kemudahan nuklear

    TEHRAN, 16 APRIL – Iran menutup sementara kemudahan nuklearnya atas ‘pertimbangan keselamatan’ susulan serangan peluru berpandu dan dron besar-besarannya ke atas Israel pada hujung...